jump to navigation

Lailatul Qadr September 14, 2009

Posted by ibnmahadi in Uncategorized.
trackback

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Untuk perkongsian bersama…

Hari ini, bermulalah detik 10 malam terakhir Ramadan. Tarikh 20.09.2009 – bersamaan dengan Malam 21 Ramadan.

Yang mana terdapat di dalamnya Malam Lailatul-Qadar….iaitu Malam yang lebih baik dari 1,000 bulan dan ganjarannya pahalanya diberikan oleh Alla s.w.t pada mereka yang mendapatnya.

Kenapa 1,000 bulan?

Kerana 1,000 bulan itu bersamaan dengan 83 tahun….mengikut pada jangka hayat manusia.  Jika kita hidup selama 83 tahun beribadat kepada Allah s.w.t, maka Malam Lailatul-Qadar itu

adalah bersamaan dengan ibadat kita kepada Allah s.w.t selama kita hidup.

Persoalannya, bolehkah kita hidup hingga 83 tahun ?

Kebanyaakkan, dari umat manusia dalam umur 40 tahun pun sudah pergi menemui Illahi, apatah lagi …hendak menunggu hingga 83 tahun.

Mengikut Hadith Nabi Muhammad S.A.W., “Carilah Malam Lailatul-Qadar itu pada Malam-Malam Ganjil” iaitu pada Malam 21, 23, 25, 27 dan 29.

Terdapat tiga (3) cahaya yang akan menyinari iaitu : –

–     Nur (cahaya) – dari Allah s.w.t,

–     Cahaya dari para malaikat-malaikat dan jibril yang akan melebarkan sayapnya membawa seribu kebaikkan bagi tahun-tahun yg akan datang

–     Cahaya fajar yang menyinar di awal pagi

Oleh itu, janganlah kita melepaskan peluang ini. Berniat sahaja sudah cukup ada ganjaran serta pahala di sisi Allah S.W.T. dan ianya akan lebih baik jika kita dapat mencarinya.

Kerna, yang pasti kita tidak akan tahu bila saat dan ketikanya kita akan mengadap Illahi.

Mengikut Tazkirah pagi tadi bersama dgn Ustaz Wan Sohor Bani Leman, kajian yg dilakukan oleh Imam Ghazali, perkiraan beliau mengatakan bahawa pada tahun ini 1430H,

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada Malam ke – 23..iaitu pada hari Sabtu, 12.09.09 malam Ahad… Wallahu ‘alam bis sawab..

Begitu juga dgn email di bawah ini, apabila Awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu, 22.08.09, maka Malam ke – 23 adalah Malam Lailatul-Qadar… Wallahu ‘alam bis sawab..

Namun yang demikian, janganlah kita lupa pada Malam-Malam yang lain kerana yang pasti, Malam Lailatul-Qadar itu adalah

Rahsia yang hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahuinya.

Apa yang perlu dilakukan pada Malam-Malam tersebut ?

Melakukan Solat-Solat Sunat, Qiamulail, Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Quran, Berzikir dll.

Selamat Menempuh Malam-Malam Lailatul-Qadar.

Semoga ibadat yang kita lakukan dengan Ikhlas ini mendapat keredhaan di sisiNya….Amin.

Wassalam

Hukum Iktikaf

Hukumnya sunat muakkadah (Yang benar-benar dituntut) pada 10 hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan malam lailatul-qadar.

Jadual Malam Lailatul Qadar

Berkata Imam Ghazali Rahimahullah “lalilatul qadar itu ialah pada malam-malam ganjil didalam sepuluh hari terakhir ramadhan.” . Beliau juga memberikan formula mendapatkannya seperti jadual dibawah:

KEADAH AWAL BULAN RAMADHAN MALAM LAILATUL QADAR
Jika awal ramadhan, jatuh pada hari…….. .(lihat column di sebelah) Ahad atau Rabu Malam 29 Ramadhan
Isnin Malam 21 Ramadhan
Selasa atau Jumaat Malam 27 Ramadhan
Khamis Malam 25 Ramadhan
Sabtu Malam 23 Ramadhan

Berkata Sheikh Abu Hasan “semenjak aku baligh, aku tidak pernah terlepas mendapatkan malam lailatul qadar dengan kaedah tersebut”

Kaedah ini diambil dari kitab Mathlak Badraian karangan Muhammad Daud Al Fathani, Rujuk Mukasurat 65

TOLONG SEBARKAN KEPADA KENALAN ANDA, moga-moga ianya berguna dalam kita meniti hari-hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan ganjaran malam lailatul qadar itu tinggi nilainya seperti beramal 1000 bulan (Rujuk Surah Al Qadr) iaitu bersamaan 83 tahun. Kita tidak dapat yakini, adakah kita dapat lagi menemui ramadhan di tahun hadapan kerana ajal maut tidak memilah umur, masa dan  tempat . Olehitu janganlah kita mendabik dada akan sempat hidup lagi dihadapan hari. Lakukanlah dalam urusan duniamu seolah-olah awak akan hidup selamanya, dan buatlah urusan akhiratmu seolah-olah awak akan mati esok hari. Wallahu ‘alam bis sawab..

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a comment